Thursday 9 February 2012

Arnab yang Hilang
1) Apakah yang terjadi kepada arnab tersebut?
2)Adakah Beruang bersikap kejam dengan Sang Arnab?
Pantun Empat Kerat
1) Tulis semula rangkap pantun yang anda tonton dan dengar?
2) Pantun ini berkenaan dengan apa?
Keluarga Bahagia

1) Apakah nilai-nilai murni yang dapat anda lihat dalam video ini?

Tuesday 7 February 2012

AriNi Kite akn belajar geLaK k...

k...
mule2x...senyum kan dlu muke tue...
nak lgi senag wat aktiviti nie depan cermin....pastue..gunekan perkataan (H) ngan (A)....gabongkan kdua dua huruf konsonan dan vokal itu....jadi..
gabongan ntuk huruf akn menjadi..
H+A=ha....
sebut ha dengan jelas mulenye...
kemudian,ulang perkataan gabungan (H) ngn (A) itu berulang ulang kali....

HASILNYE...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

Latihan 5 (Melengkapkan)

Pada suatu malam, sedang saya.......................... televisyen bersama keluarga, tiba-tiba....................... rumah kami diketuk. Saya melihat keluar menerusi corong pintu dan ternampak seorang pemuda sedang berdiri. Saya membuka.......................... pintu. Pemuda itu kelihatan agak gementar. Pemuda itu memberitahu saya bahawa dia telah........................... kemalangan jalan raya. Kaki......................... cedera. Bapa membantu orang itu manakala saya menelefon ambulans.

Latihan 4 (Penulisan)


Arahan: Tulis sebuah karangan tentang tajuk dibawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Soalan:
Andaikan bahawa kamu merupakan Setiausaha Kelab Komputer sekolah. Kamu diminta menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh persatuan.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Latihan 3 (Pemahaman)


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasaberlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.
Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga–tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.
Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.
1. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud
A) berlawan
B) bersaing
C) beriringan
D) berkejar-kejaran
2. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
A) Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B) John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C) Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D) Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolahmereka.
3. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
A) bermain
B) belajar
C) menolong ibu bapa
D) menyelesaikan masalah
4. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
A) bermain
B) belajar
C) menolong ibu bapa
D) menyelesaikan masalah
5. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
A) Bakal Pelajar Terbaik UPSR
B) Sikap Yang Harus Diteladani
C) ringan mulut
D) Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba